Tuesday 4 October 2011

"Tiga" Permainan Tipu Muslihat Matematik

Permainan MatematikUntuk Kanak-Kanak!
"Tiga" Permainan Tipu Muslihat Matematik
Anda seperti seorang yang pintar dalam Matematik di hadapan kawan-kawan kamu!
Di sini terdapat satu tipu muslihat Matematik yang mudah diingati,dan anda akan berjaya mengaburkan mata kawan-kawan anda dengan kepintaran Matematik anda - terutamanya sekirannya anda hanya seorang kanak-kanak! Permainan ini hanya efektif untuk kanak-kanak, oleh itu minta maaflah ibu dan ayah!Kawan-kawananda akan mengetahui yang anda dapatkannya daripada laman web, oleh itu, berikanlah kepada anak-anak anda, dan biar mereka berseronok bermain dengan permainan ini dan menunjuk-nunjukkan kepintaran Matematik mereka di hadapan kawan-kawan mereka!
p>Ini bukanlah satu-satunya permainan tipu muslihat Matematik dalam laman web ini - cuba lihat dan cari permainan tipu muslihat Matematik yang lain dalam laman web ini permainan ini juga permainan tipu muslihat Matematik! Oleh itu, sekirannya anda telah bersiap-sedia, cuba teliti langkah-langkah di bawah, latihlah permainan ini dengan ibu atau ayah anda, atau dengan kawan karib anda, sehingga anda pasti bahawa anda berupaya mendapat jawapan yang tepat untuk setiap permainan!
  • Pertama sekali , minta kawan anda memilih satu nombor daripada 1 sehingga 20 (tanpa perpuluhan!),dan tulis di atas kertas. Pastikan bahawa kawan anda tidak akan tunjukkan kertas tersebut kepada anda! Beritahu kawan anda bahawa anda, ahli sihir Matematik, akan menggunakan kepintaran Matematiknya untuk menira atau menndapatkan nombor tersebut!
  • Berikan satu kalkulator kepada kawan anda, dan minta kawan anda mengikut langkah-langkah mudah yang anda akan berikan:
    • Masukkan nombor rahsia anda
    • Darabkan dengan 3
    • Tambahkannya nombor rahsia dengan jawapan yang diperolehi, kemudian tolak 5 daripadanya.
    • Darab dengan 3 sekali lagi, kemudian darab dengan 3 buat kali ketiga.
    • Tambahkan nombor rahsia dengan jawapan yang diperolehi setakat ini, kemudian tolak jawapan anda dengan salah satu bulan kegemaran anda (anda tidak beritahu sesiapa bulan yang ke berapa!)
    • Darab dengan 3 kali keempat, darab dengan 3 kali kelima dan kemudian darab dengan 3 kali keenam.
    • Jawapan yang diperolehi tambahkan dengan nombor rahsia, kemudian tolak dengan hari kegemaran anda dalam bulan yang tertentu (anda tidak perlu beritahu sesiapa nombor hari kegemaran anda).
    • Minta kawan anda tunjukan keputusan jawapannya
  • Sekarang, anda boleh meneka nombor rahsia kawan anda ... Nombor yang ditunjuk dalam kalkulator mungkin agak besar, tetapi janganlah risau dan berasa gelisah - Nombor yang besar tersebut hanya akan menunjuk betapa pintar anda dalam Matematik
  • Inilah caranya bagaimana anda dapat mengira dan mendapat jawapan tersebut:
    • Sekirannya jawapan kawan anda ialah nombor negatif, nombor rahsia kawan anda ialah nombor 1 (atau dia telah cuba menipu anda)
    • Sekirannya keputusan jawapan kawan anda hanya mempunyai tiga digit, nombor rahsia kawan anda ialah 2.
    • Melainkan, anda abaikan tiga digit yang terakhir, dan kemudian tambahkan nombor 2 kepada nombor rahsia kawan anda! Kamu akan berjaya mendapat nombor rahsia kawan anda!
Di sini terdapat beberapa contoh permainan, untuk menunjukkan kepada anda bahawa permainan Matematik ini memang berfungsi!
  • Sekirannya anda sedang bermain dengan saya dan saya memilih nombor 11 sebagai nombor rahsia.
  • Kemudian, anda memberi saya arahan-arahan. Saya akan menaip jawapan dalam kalkulator dengan menggunakan warna merah.
    • Saya masukkan nombor rahsia saya (11).
    • Saya darabkannya dengan nombor 3 (33).
    • Saya tambahkan jawapan yang diperolehi dengan nombor rahsia saya (33+11=44), kemudian tolak nombor 5 daripadanya(44-5=39).
    • Darab dengan 3 sekali lagi (39x3=117), kemudian darab dengan nombor 3 buat kali ketiga. (117x3=351).
    • Tambahkan nombor rahsia anda dengan jawapan yang diperolehi setakat ini,(351+11=362),kemudian tolak jawapan anda dengan salah satu bulan kegemaran anda (Saya akan memilih bulan Oktober, dan mendapat jawapan 362-10=352).
    • Darab dengan 3 buat kali keempat(352x3=1056), kemudian darab 3 kali kelima dan kemudian darab 3 dengan kali keenam, (1056x3=3168)(3168x3=9504).
    • Jawapan yang diperolehi tambahkan dengan nombor rahsia(9504+11=9515), kemudian tolak dengan hari kegemaran saya daripada bulan tertentu.(Satya memilih haribulan yang ke 23 oleh itu 9515-23=9492).
  • Sekarang, saya akan tunjukkan keputusan jawapan saya. Dalam minda anda (anda tentu fikir permainan Matematik ini sungguh mudah), anda hanya perlu mengabaikan 3 digit terakhir (9492), dan tambahkan dengan nombor 2 (9+2=11 Yeh!)
  • Anda haruslah menunjukkan air muka ahli sihir anda dengan ekspresi yang penuh kepintaran, umumkan jawapan anda! Saya berasa sungguh kagum dengan kepintaran intelek anda! (Tetapi jangan beritahu saya dua langkah yang terakhir dalam permainan Matematik ini ), sekirannya anda memberitahu saya langka-langkahnya, anda akan membongkar rahsia permainan Matematik ini:-)
Sekiranya nombor rahsia ialah 2, dan saya masih memilih haribulan Oktober 23, jawapannya akan492. Sekirannya anda abaikan 3 digit terakhir dalam keputusan jawapan anda, maka tidak ada nombor lagi yang tertinggal - oleh itu, nombor rahsia ialah 0+2=2
Sekirnya nombor rahsia ialah 1, anda akan mendapat jawapan yang bernombor negatif dalam kalkultor anda, katakanlah -508. Cuba! Itulah caranya bagaimana anda mengetahui bahawa nombor rahsia anda ialah nombor 1.
Sebenarnya, tipu muslihat Matematik ini boleh dipermainkan dengan menggunakan nombor yang lebih besar daripada 20. Tetapi sekirannya kalkulator menunjukkan 354920492, dan anda katakan bahawa jawapan anda ialah 354922, maka anda akan membongkar nombor rahsia anda.
Sekiranya anda berminat, di sini terdapat variasi tipu muslihat Matematik , yang akan membolehkan anda meneka bila hari jadi seseorang. Membuat hitungan Matematik dalam otak tanpa kertas atau kalkulator adalah lebih mencabarkan, tetapi anda masih berupaya untuk bermain permainan Matematik ini, saya pasti anda akan mendapat jawapan yang tepat
Kawan anda haruslah masukkan langkah-langkah tersebut(Saya akan tunjukkan merah Apakah yang harus ditunjuk oleh kalkulator, sekiranya kawan anda hari jadinya ialah pada 29 haribulan Februari).
  • Masukkan bulan bulan kelahiran anda (2)
  • Darab dengan nobor 3 (2x3=6)
  • Tambahkan dengan bulan kelahiran anda(6+2=8), kemudian tolak dengan nombor 4(8-4=4).
  • Darab dengan nombor 3 (4x3=12), kemudian darab dengan nombor 3 sekali lagi (12x3=36).
  • Tambah dengan bulan kelahiran anda sekali lagi(36+2=38), kemudian tolak dengan nombor 1 (38-1=37).
  • Darab dengan nombor 3 kali keempat (37x3=111)
  • Sekarang, tambah hari kelahiran kawan anda (Saya gunakan 29 haribulan Februari contohnya, 111+29=140).
  • Darab nombor 3 kali kelima (140x3=420), dan sekali lagi(420x3=1260).
  • Akhirnya, tolak 12 (1260-12=1248), kemudian tambahkan bulan kelahiran dan hari kelahiram (1248+2=1250, then 1250+29=1279).
Sekirannya kawan anda mengikuti langkah-langkah tersebut dengan teliti, kemudian anda boleh membuat beberapa soalan Matematik yang mudah dalam minda anda untuk mengira dan mendapatkan hari jadi :-
  • Tambah nombor satu (1279+1=1280). Jawapan haruslah memberikan digit nombor sifar pada akhirnya.
  • Bahagi dengan nombor 10 (1280 / 10 = 128), Kemudian akhirnnya,
  • Tambah nombor 101 (128+101=229).
Letakkan satu sempang di antara digit puluh dan digit ratus, dan anda akan memperolehi hari jadi kawan anda, 2/29! Sudah tentu, jika anda berada di Eropah atau Asia atau Australia, anda mahu 29hb February ditulis seperti berikut 29/2. Untuk mendapat jawapan sedemikian, anda hanya perlu saling-menukar tempat bagi perkataan-perkataan bulan dan hari dalam arahan-arahan di atas, lihatlah contoh berikut.
  • Masukkan bulanhari anda dilahirkan (29)
  • Darabkan dengan nomobr 3 kali pertama(29x3=87)
  • Tambahkan bulan dan hari sekali lagi(87+29=116), kemudian tolak dengan nombor 4 (116-4=112).
  • Darabkan dengan nombor 3 kali kedua(112x3=336), kemudian dengan darab dengan nombor 3 kali ketiga(336x3=1008).
  • Tambahkan bulan dan hari sekali lagi(1008+29=1037), kemudian tolak dengan nombor 1(1037-1=1036).
  • Darabkan nombor 3 kali keempat (1036x3=3108)
  • Sekarang, tambah haribulan hari kelahiran anda.(3108+2=3110).
  • Darab dengan nombor 3 kali kelima (3110x3=9330), darab dengan nombor 3 kali keenam (9330x3=27990).
  • Akhirnya, tolak nombor 12 daripada jawapan anda (27990-12=27978), kemudian tambah dengan hari kelahiran dan bulan kelahiran(27978+29=28007, selepas itu 28007+2=28009).
Kemudian dalam minda anda,
  • Tambah nombor satu (28009+1=28010).
  • Bahagi dengan nombor 10 (28010 / 10 = 2801), kemudian akhirnya,
  • Tambah dengan nombor 101(2801+101=2902).
Letakkan sempang di antara 29/02, seperti yang anda kehendaki! Latihlah permainan ini dengan ahli-ahli keluarga anda, untuk memastikan bahawa anda mengetahui setiap langkah-langkah yang perlu diikuti. Selepas itu, cuba permainan ini dengan kawan-kawan anda, untuk menunjukkan kepintaran anda dalam Matematik!/p>
Semasa anda sedang berlatih, pastikan anda cuba memilih seseorang yang dilahirkan pada 1hb Januari... Lihatlah apa yang akan berlaku!

0 comments: