Tuesday 4 October 2011

Tambahan Satu Pancingan dan Tambahan-Tambahan Pancingan

Permainan MatematikUntuk Kanak-Kanak!
Tambahan Satu Pancingan dan Tambahan-Tambahan Pancingan
Dua Permainan Kad Matematik untuk Aritmetik Asas
 
Saya ingin mencipta satu permainan kad yang mudah untuk membantu proses pengajaran fakta asas operasi tambah. Apabila saya mengatakan 'asas', apa yang saya maksudkan ialah tahap di mana operasi tambah yang melibatkan dua nombor satu digit iaitu 6+1=7. Selepas beberapa kajian, akhirnya saya telah berjaya mencipta permainan Tambahan Satu Pancingan.
Sebagai peringatan, di sini saya telah menyenaraikan peraturan permainan daun terup 'fishing' atau pancingan yang biasa dimainkan oleh dua pemain.
  • Setiap pemain akan diberikan 7 kad. Kad-kad yang lain akan disimpan dalam timbunan kad yang lain. Kad -kad yang disimpan mestilah telungkup ke bawah di atas meja. Objektif permainan ini ialah untuk membentuk pasangan kad yang bersamaan. Setiap kali anda berupaya mengumpul pasangan kad yang bersamaan (contohnya, dua 'king' atau dua empat dan lain-lain) letakkan kad tersebut telungkup ke atas di atas meja. Tetapi jika anda mempunyai two 'hati' ini tidak bermakna bahawa anda mempunyai satu pasangan
  • Apabila tiba giliran kamu, kamu harus meminta pihak lawan untuk mendapatkan satu kad. Contohnya, jika anda mempunyai mempunyai kad nombor 3 anda boleh menanya pihak lawan sama ada dia boleh memberikan kamu kad nombor 3.
    • Jika pihak lawan mempunyai kad nombor 3, dia akan memberikan kad nombor 3 tersebut kepada kamu. Maka kamu akan mempunyai satu pasangan kad nombor 3. Kamu haruslah meletakkan kad nombor 3 tersebut di atas meja dan kamu berpeluang bermain lagi.
    • Jika pihak lawan tidak mempunyai kad nombor 3, pihak lawan akan mengatakan 'Pancingan!' Anda haruslah mengambil satu kad daripada timbunan kad . Anda mungkin bernasib baik dan memperolehi satu kad yang berpasangan dengan kad yang kamu punyai, atau sebaliknya.
    • Selepas kamu mengambil kad daripada timbunan kad tersebut, maka tibalah giliran pihak lawan untuk bermain
  • Permainan akan berterusan sehingga salah satu pemain tidak lagi mempunyai sebarang kad di dalam tangannya.
Permainan Tambahan Satu Pancingan ialah variasi permainan 'fishing' atau pancingan yang mudah. Dalam permainan Tambahan Satu Pancingan anda tidak mencari pasangan kad yang nombornya sama sebaliknya anda mencari pasangan kad yang mempunyai perbezaan kedua-dua nombornya sebanyak satu. Contohnya,
  • Sekiranya anda mempunyai kad nombor 3, anda seharusnya menanya pihak lawan sama ada dia mempunyai kad nombor 4.
  • Seterusnya, apabila kamu berjaya memperolehi kad nombor 4, kamu boleh meletakkan pasangan kad tersebut di atas meja dan mengatakan bahawa 3 tambah 1 ialah 4.
  • Permainan akan berterusan sehingga salah satu pemain tidak lagi mempunyai sebarang kad di dalam tangannya atau tidak lagi terdapat kad dalam timbunan kad tersebut untuk dipancing dan dengan jelas tidak ada sesiapa lagi yang berupaya membentuk pasangan kad.
Saya berpendapat dalam permainan Tambahan Satu Pancingan adalah baik jika anda mengeluarkan semua kad yang bergambar sebelum bermain. Ini kerana jika anda memberitahu seseorang kanak-kanak bahawa "J" bermakna nombor 11, ini hanya akan mengelirukan kanak-kanak tersebut dalam proses pembelajaran Matematiknya. Saya menggunakan kad UNO apabila bermain permainan Tambahan Satu Pancingan dengan anak lelaki saya dan mengeluarkan semua kad UNO yang tidak mengandungi nombor sebelum memulakan permainan tersebut dengan anak saya. Sekiranya, anak-anak kamu bermain permainan Tambahan Satu Pancingan dengan segera mereka akan dapat mempelajari fakta asas operasi tambah daripada 1+1 sehingga 9+1. Kemudian mereka akan bersedia untuk bermain permainan Tambahan Dua Pancingan! Dalam permainan Tambahan Dua Pancingan, nombor 3 akan berpasangan dengan nombor 5 dan bukan lah dengan nombor 4, kerana 3 tambah 2 ialah 5.
Seterusnya kamu boleh bermain permainan Tambahan Tiga Pancingan atau permainan Tambahan Empat Pancingan dan berikutnya. Tetapi saya berpendapat adalah lebih baik jika anda bermain permainan Tambahan Tambahan Pancingan.
Dalam permainan Tambahan Tambahan Pancingan,
  • Anda tidak perlu mencari pasangan, sebaliknya mencari 3 kad di mana hasil tambah nombor kad pertama dan nombor kad kedua ialah nombor kad ketiga. Contohnya, hasil tambah kad yang bernombor 3 dan kad yang bernombor 5 ialah kad yang bernombor 8. Jadi, kad bernombor 3, kad bernombor 5 dan kad bernombor 8 membentuk satu set yang lengkap.
  • Pemain masih perlu meminta kad daripada pihak lawan untuk membentuk set yang lengkap tersebut. Jika anda hanya mempunyai satu kad maka anda boleh meminta sebarang nombor yang anda ingini daripada pihak lawan.
Permainan Tambahan Tambahan Pancingan adalah lebih mencabar berbanding dengan permainan Tambahan Satu Pancingan. Sekiranya anak-anak anda sudah dianggap cekap dalam permainan tersebut maka mereka telah berjaya memahami fakta asas operasi tambah sehingga 10 dengan sepenuhnya.

0 comments: