Tuesday 4 October 2011

Kalkulator Kuasa Ghaib untuk Permainan Matematik Tipu Muslihat Hari Jadi

Permainan MatematikUntuk Kanak-Kanak!
 Kalkulator Kuasa Ghaib untuk Permainan Matematik Tipu Muslihat Hari Jadi

Adakah anda tahu kanak-kanak yang ingin kelihatan seperti pakar Matematik?
Di sini terdapat tipu muslihat Matematik yang akan menolong kanak-kanak tersebut kelihatang seperti pakar Matematik! Cetak laman web ini, dan biar kank-kanak tersebut baca dengan teliti arahan-arahan yang diberikan:
Anda, pakar Matematik pada masa hadapan, mula dengan memberi kawan anda kalkulator. Kemudian, anda beri arahan-arahan berikut kepada kawan anda. Pastikan kawan anda tekan butang bersamaan (=) selepas setiap langkah!
  • Masukkan nombor 7
  • Darab dengan bulan kelahiran anda
  • Tolak nombor 1
  • Darab dengan nombor 13
  • Tambah dengan hari kelahiran anda
  • Tambah nombor 3
  • Darab dengan nombor 11
  • Tolak dengan bulan kelahiran anda
  • Tolak dengan hari kelahiran anda
  • Bahagi dengan nombor 10
  • Tambah nombor 11
  • Bahagi dengan nombor 100
Dan, penuh ketakjuban, hari jadi kawan anda akan kelihatan pada skrin kalkulator! Contohnya, jika kawan anda dilahirkan pada bulan Februari 29. Di bawah, saya akan mengulangi arahan-arahan,langkah demi langkah. Keputusan untuk setiap langkah dalam akan muncul dalam warna merah.
  • Masuk nombor 7 (7)
  • Darab dengan bulan kelahiran (7x2=14)
  • Tolak dengan nombor 1 (14-1=13)
  • Darab dengan nombor 13(13x13=169)
  • Tambah dengan hari kelahiran anda (169+29=198)
  • Tambah nombor 3 (198+3=201)
  • Darab dengan nombor 11 (201x11=2211)
  • Tolak dengan bulan kelahiran (2211-2=2209)
  • Tolak dengan hari kelahiran kawan anda (2209-29=2180)
  • Bahagi dengan nombor 10 (2180/10=218)
  • Tambah dengan nombor 11 (218+11=229)
  • Bahagi dengan nombor 100 (229/100 = 2.29)
Formula ini akan berhasil setiap kali! Cubalah!
Sudah tentu, permainan tipu muslihat Matematik tersebut akan menarik hati kawan-kawan anda dan mewujudkan suasana ghaib yang penuh kepintaran pada diri anda! Untuk melakukannya, janganlah anda membenarkan kawan anda membuat tiga langkah terakhir - kiralah sendiri dalam minda anda. Bahagi dengan 10 atau 100 atau tambah dengan nombor 11 adalah mudah untuk kanak-kanak pada peringkat umur anda untuk mengiranya dalam minda anda.Betultak? Atau jika anda tidak pasti, latihlah terlebih terdahulu dengan orang dewasa yang memberikan Matematik tipu muslihat tersebut kepada anda.
Oleh itu, sekarang, arahan-arahan adalah seperti berikut:
  • Masukkan nombor 7
  • Darab dengan bulan kelahiran anda (Contoh, sekirannya hari jadi anda ialah pada 29hb Februari, anda darab dengan nombor 2)
  • Tolak nombor 1
  • Darab dengan nombor 13
  • Tambah dengan hari kelahiran anda (Contoh, sekiranya hari jadi anda ialah 29hb Februari, anda akan darab dengan 29)
  • Tambah nombor 3
  • Darab dengan 11
  • Tolak dengan bulan kelahiran anda (eg 2)
  • Tolak dengan hari kelahiran anda (Contohnya, 29)
  • Beritahu saya keputusannya
  • (selepas anda membahaginya dalam minda anda dengan nombor 10, tambah dengan nombor 11, dan membahagi dengan 100 ) Hari jadi anda ialah pada 29hb Februari!
Sekiranya anda berada di Eropah atau Australia, anda mungkin mahu 29hb Februari untuk kelihatan seperti 29.02, dan bukan 2.29. Dalam kes tersebut, apabila anda melihat sesuati bulan, tulis tarikhnya, dan sebaliknya. Contohnya:
  • Masukkan nombor 7 (7)
  • Darab dengan dari kelahiran anda(7x29=203)
  • Tolak dengan nombor 1 (203-1=202)
  • Darab dengan nombor 13 (202x13=2626)
  • Tambah dengan bulan kelahiran anda (2626+2=2628)
  • Tambah nombor 3 (2628+3=2631)
  • Darab dengan nombor 11 (2631x11=28941)
  • Tolak dengan hari kelahiran anda (28941-29=28912)
  • Tolak dengan bulan kelahiran anda (28912-2=28910)
  • Beritahu saya keputusannya
Kemudian, dalam minda anda, buatlah kiraan anda mengikut langkah-langkah tersebut
  • bahagi dengan nombor 10 (28910/10=2891)
  • Tambah dengan nombor 11 (2891+11=2902)
  • Bahagi dengan nombor 100 (2902/100 = 29.02)
Keputusannya jelas. Permainan tipu muslihat Matematik ini sudah tentu akan membuat anda kelihatan seperti seseorang yang betul-betul pakar dalam Matematik! Kawan-kawan anda tentu akan meminta kamu untuk menunjukkan bagaimanakah tipu muslihat Matematik ini berhasil.Don't tell them!
Sekirannya, anda suka akan permainan ini, anda mungkin gemar dengan "tiga" permainan tipu muslihat Matematik hari jadi juga!

0 comments: